semalam family aku pegi jalan jalan tengok wayang.. muahaha.. best doh.. lama tak keluar sama sama..
ok.. aku, abang aku, dengan mak aku pergi tengok wayang cerita KHURAFAT.. bapak n adek aku.. depa tak nak tengok.. depa pergi jalan jalan.. biasalah.. orang takut tengok cerita hantu.. hoho
panggung start pukul lima.. kitorang dah terpacak kat LOTUS STAR dalam pukul empattigaplohlima minit camtu.. sampai ja.. terus beratur beli tiket.. huishhh. nasib baik la kitorang datang awal.. kalau tak.. kepunan la nasibnya.. semua seat full.. yang kosong seat depan sekali.. fikir punya fikir.. baik ambik ja seat tu.. kang kepunan lagi.. datang jauh jauh nak tengok cerita tapi tak jadik.. dari tak jadik.. baik bantai ja seat depan.. janji aku dapat tengok KHURAFAT..
first first cerita tu start.. aku dah dapat feel dah.. maklomlah.. tengok pujaan hati berlakon.. muahahaha.. sapa lagi kalau bukan SYAMSUL YUSOF tu hah.. alaaa.. anak pak yusof haslam tu.. tak kan tak kenal kut.. faymous amous doh.. kalau tak kenal jugak.. aku tak tahu lah engkau dari zaman apa..
hahhh.. dah masuk part seram seram tu.. aku pulak rasa nak buang somethin'.. heshhhh.. memang la.. kalau aku tahan gak.. memang aku terbuang dalam seluar la agaknya.. aku pergilah buang air.. terus terlepas part paling seram kut.. aku rasalahh..
ni sebahagian gambar dari filem tu.. engkau layan je ah gambar ni.. aku malas nak taip
wiewiet.. segak nya dia.. anak sapa lah.. h0h0 |
depa semua ni tak cukup kain.. lagu tu depa buat mesyuarat.. nak beli kain kat mana agaknya TT_TT |
kalau hantu tu pegi sebelah kau lagu tu.. dah lama kau pengsan kan kan |
boleh la seram gak cerita tu.. tipu ah aku cakap tak seram kan.. susah susah orang buat filem seram.. kita cakap tak seram pulak.. itu memang orang dari zaman mesir purba agaknya.. kalau korang nak tahu lagi.. pergilah tengok sendiri.. tak ke mana duit tu.. huhuhuhu
balik ja tengok wayang.. apa lagi.. melahap ah.. kitorang makan kat RAJA AYAM PENYET.. ekceli aku dah jemu makan kat situ.. huhu.. tapi bapak aku nak makan ayam penyet.. aku ikut je ah.. bukan aku bayar pun..
ok ah.. itu ja.. untuk entri pasal KHURAFAT ni.. apa apa pon.. cerita ni memang terbaiklah.. sebab banyak moral of the story dia.. memang baik lah untuk orang yang mengamalkan ilmu ilmu jahanam ni..
sekian.. wassalammualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh...
No comments:
Post a Comment