June 2, 2011

Jalan Seribu Liku karya Maskiah Masrom :)

Assalammualaikum ;)

aku nak buat sedikit sinopsis pasal novel ni. actually, novel ni bapak aku beli masa dia pergi KL bulan Mac tak silap aku yang dah nyanyok ni. aku macam biasa la kan. kalau mak bapak abang pergi travelling mana mana. mesti aku suruh carik novel. beli satu dua novel untuk darah daging mereka ini. pastu aku akan cakap "beli dulu, nanti kakak bayar 2 kali ganda" harharhar. itu hanyalah janji manisku sahaja. aku nak bayar. sorry lah. mengemis sampai keluar air mata darah sekalipun aku tanak keluar duit. muehehehe*tipu. 

tak ada maknanye aku nak bayar. tapi family aku ni tahu ah perangai tak senonoh aku ni. cakap pakai mulut aje. macam betul betul nak bagi je tapi hati menidakkan. teehee~ 



bila dah tahu perangai aku ni, kompom depa takkan mintak satu sen pun suruh bayar. memang tak senunuh jahat nauzubillah. haishhh. apa nak jadik ngan aku neh

okok. balek kepada tajuk atas. sorry. aku suruh bapak aku beli novel. bapak aku beli lah. bapak tercinta aku ni, bukannya mat jambu baca novel. apalagi. dia pergi kedai buku. pastu dia rembat aje buku depan mata. ADKSPTB-apa dia kesah sangat pasal tajuk buku, i tell yuu

bapak pun bagi ah novel yang dia beli kat aku. ada 3 buah dia beli. novel pertama-ruang rindu, kedua-ISABELLA, yang ketiga-jalan seribu liku. haa. yang ketiga tu mula mula aku tak berkenan. sebabnye pasal ?@#$^*(^$#*aku sendiri pun tak tahu. jadi aku letak buku tu elok elok atas rak buku. ku peram lama lama. tapi, bila dah time cuti cenggini. aku tak tahu nak buat apa. cuma tengah menunggu parents balek dari vietnam bawak novel dalam bahasa vietnam aje. so, bila aku dah boring tahap gaban. aku pun selak selak rak novel tu. semua dah di baca. satu aje belom. dah berdebu aku nengok nye. kecian~ novel JALAN SERIBU LIKU

akhirnya, dengan hati yang boring tuh. aku ambik jugak novel tu. pastu baca. baca punya baca. "eh ehhh! best jugak novel ni. ada percintaan jugak lah" tapi itu tak menarik. yang menarik nye. dia pasal agama. sangattttttt best. terharu aku baca.


sangat best. tahniah kepada penulis ;)


 Walaupun Jalan Seribu Liku karya Maskiah Masrom masih berfokuskan cinta remaja, ia sebenarnya membawa persoalan yang lebih besar daripada itu yang melibatkan jati diri dan agama. Novel ini memaparkan konflik watak utamanya, Christine Sita Dewi dibesarkan sebagai penganut dualisme, memilih kepercayaannya setelah bapanya yang beragama Kristian dan ibunya beragama Hindu membesarkannya mengikut agama masing-masing dengan membawanya ke gereja dan kuil setiap hari Ahad. Dalam memilih kepercayaannya yang satu, penulis novel ini berjaya memaparkan konflik watak utamanya dengan baik di samping memberi  penjelasan serba sedikit tentang agama-agama yang menyebabkan konflik watak utamanya. Jalan Seribu Liku sebenarnya pernah memenangi Hadiah Sastera Darul Takzim pada tahun 2001.
cubalah aku baca novel ni dari dulu lagi. mesti aku tak rasa macam menyesal je sekarang ni. sungguh menyesal. kulit buku tak menarik. tapi isi di dalam nya sangatttttt menarik. don't judge a book by it's cover!
p/s: tanak pandang rendah pada novel yang berkulit tak canti klagi =) terima kaseh bapak ;)





senyum selalu



ok ah. bye



wassalam ;)

No comments:

Post a Comment