February 2, 2011

kenapa teruk sangat TIZ ZAQYAH tu?





KL, 31 JANUARI 2011: Maaflah, bukan niat Murai Batu ingin memalukan atau merendah-rendahkan pelakon yang semakin mencanak naik bernama Tiz Zaqyah, tapi rasanya perlulah Murai Batu menegur demi kebaikannya di masa hadapan.

Kalau soal masalah peribadinya mungkin Murai Batu sudah tak kuasa nak dengar. Sebab maklum sajalah, sekali saja seseorang individu itu terjun dalam dunia hiburan, pastinya isu peribadinya akan menjadi perhatian ramai, apatah lagi bila namanya popular.

Tapi yang ingin Murai Batu sentuh di sini ialah cara penampilan dan keterampilan Tiz dalam sebuah program TV bual-bicara yang disiarkan secara langsung pagi tadi.

Secara keseluruhan, apa yang boleh Murai Batu katakan, Tiz langsung tidak membuat persediaan, meskipun dalam jawapannya ketika ditanya 2 hos rancangan itu, dia berkata sudah sedia dengan segala kemungkinan sebelum terjun dalam bidang lakonan secara serius.

Maaflah Tiz, adakah Tiz faham apa yang Tiz katakan itu?
Murai Batu kecewa, pelakon popular dan cantik seperti Tiz tidak menampilkan kebijaksanaannya berbicara dan bergaya untuk tampil dalam sebuah program TV yang disiarkan secara langsung dan disaksikan jutaan penonton.

Sayang seribu kali sayang, Tiz langsung tidak serius untuk setiap soalan yang diajukan kepadanya. Secara jelas, Murai Batu dapat perhatikan dari intonasi suara, patah perkataan, gerak badan dan kesungguhannya menjawab kesemua soalan. Langsung tiada kesungguhan.
Mungkinkah Tiz kesejukan kerana penghawa dingin yang kuat di dalam studio? Ataupun dia tidak cukup tidur semata-mata perlu tampil awal pagi di dalam set program TV kegemaran ramai itu?

Kalau sejuk sekalipun kenapa tak pilih pakaian yang lebih panjang lengannya?
Bagi Murai Batu, itu bukanlah alasannya. Sebagai pelakon yang semakin dikenali, Tiz sepatutnya perlu bersedia fizikal dan mental, lebih-lebih lagi bila diundang oleh stesen TV.

Malah Murai Batu percaya, sebagai pelakon yang sudah banyak mengembara dan berkomunikasi dengan ramai orang, Tiz perlu bijak menangani apa juga situasi dan menjawab segala soalan yang diajukan dengan penuh teliti dan teratur.

Bukannya dengan diiringi tawa kecil atau terlalu perlahan bila bercakap. Sehinggakan penonton di rumah tidak pasti, apakah yang sedang dibicarakan oleh Tiz.
Nasib baiklah dua perantara rancangan TV berkenaan bijak bermain dengan kata-kata
Kalau tidak, tak tahu macam mana Murai Batu bayangkan.

Biarlah kita tidak belajar tinggi asalkan apa yang dibicarakan itu ada munasabahnya. Biarlah orang berkata, dunia artis itu penuh dengan gossip, asalkan kita nampak selesa dan berwibawa kala berada di tengah-tengah orang ramai.

Murai Batu rasa, sudah tiba masanya Tiz mendapatkan khidmat pakar media untuk belajar bagaimana caranya berhadapan dengan pelbagai soalan, terutama kala di hadapan kaca TV. Biar nampak bijak, bukannya seperti katak di bawah tempurung.

Sudah tiba masanya juga, Tiz dapatkan khidmat perunding gaya. Supaya Tiz tahu pakaian yang bagaimana sesuai untuk menghadiri program TV atau membeli-belah. Bukankah awak tu public figure?
Murai Batu: Suka tengok artis undangan Larry King dalam programnya. Semua bijak bercakap.


credit MURAI.COM.MY



========================================================



ada ada saja perangai artis tempatan kita kan hohoh. so, sesiapa nak jadik artis ni. kena prepare awal awal apa yang patut di prepare ea. jangan jadi macam orang kat atas tu sudah


ok. bye :D

No comments:

Post a Comment