March 17, 2011

ASRAMA OH ASRAMA

assalammualaikum koranggggg!




sobsobsob [nangis kojap]



huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tak nak balik hostel. nak duduk rumah. cikguuuu. bagi ah lebih sikit cuti hahhh. tak nak balik asrama. tak nak tak nakkkkkkkkkk



aku nak rumah aku. aku nak orang kat dalam rumah aku. aku nak itu. aku tak nak asrama. tak nakkkkkkk.



alololololollllll. kesian dia. itu adalah ciri ciri pelajar degil nak mampus. selalu melawan cakap makbapak. hahhh. skang. padan muka. bapak cakap tak payah duduk asrama. dia dok sebok nak jugak duduk kat asrama. sekarang. padan muka hangggggg!




[huuuurmmmm. sik maok diam asrama gik]



aduhai sayang. kamu sudah terlambat. belajar lah dari kesilapan mu ini sayang. tak mengapa. kau teruskan perjuangan mu di sana. aku disini mendoakan mu [siapakah gerangan yang mendoakan aku]


hohhhhooo


ok. baiklah. nak buat macam mana. its too late. dah banyak sangat bapak aku keluar duit dari poket. lepastu senang senang aku nak keluar dari sekolah tu macam gitu aje. oh. no no no.itu bukan aku. aku masih ada hati dan perasaan untuk orang tuaku. insyaallah. aku akan balas segala jasa dan pengorbanan orang tuaku suatu hari kelak. amin (^_^)



sebenarnya. duduk asrama ini banyak mengajar aku erti menghargai. contohnya. menghargai ibu bapa yang banyak keluar duit untuk perbelanjaan hari hari. dan jugak ia banyak membuka mata, hati, minda aku sepanjang aku duduk asrama. syukur alhamdulillah.



selalu lah kan. kalau aku sorang sorang. tak tahu nak buat apa kat asrama. aku baring kat katil. sambil baca novel [novel harus ada]. kalau dah memang tak ada mood sangat. aku baring aje kat katil. lepas tu. aku mesti menangis. sebab teringatkan orang kat rumah. terkenangkan masa aku kat rumah time boring boring selalu online duapulohempatjam. tapi bila kat asrama. memang sangat sangat terasa or tersentuh mungkin hati aku ini dengan kebaikan perngorbanan orang tua aku selama aku hidup di muka bumi ini. sometimes. sampai ke malam aku masih menangis. mungkin. bagi yang dah biasa duduk asrama tu. yang aku lalui tu hanya frasa biasa sahaja. maklumlah. kita kan jauh dari family. jadi. bila aku fikir fikir balik semua tu. bukan aku aje yang rasa. semua yang first time dok asrama memang rasa macam gitu. ye dak?



tapi. sebenarnya. ia mengajar aku berdikari jugak. macam sebelum ni. balik sekolah boleh tidur sampai tak sedar diri dah mandi ke belum. lepastu boleh campak baju  dalam mesin aje. tapi bila dok hostel ni. balik dari sekolah. banyak aktiviti lain yang aku buat. yang penting berfaedah. macam gotong royong ke apa apa aje lah. lepas tu mandi. sambil gosok baju guna tangan. bukan guna washing machine. bila dah gosok itu ini. kena sidai sendiri. kalau dok rumah. seingat aku. tak pernah aku dok rajin p sidai baju. semua itu mak aku yang buat. tapi bila dah tinggal kat asrama. semua nya dah lain. then, bila aku balik hujung minggu. serasa macam dah terbiasa gosok baju sendiri. kadang kadang. aku boleh pulak p sidai baju orang lain *mak aku mesti bangga. hekhek*



dan jugak. before aku duduk asrama. bapak aku larang aku tinggal kat hostel. masa tu. aku tak tahu kenapa bapak aku tak kasi dok asrama. mungkin sebab perbelanjaan ke hape. masa tu. aku just fikir."yesss! aku duduk asrama. yessssssssssssss!!!!!!" aku tak fikir pun kenapa bapak aku tak kasi tinggal asrama. sekarang baru aku tahu. mungkin di sebabkan perbelanjaan yang sangat lah besar. ya allah. dosa nya aku kat bapak aku. kannn




kita manusia. selalu buat kesilapan. insyaallah. aku belajar dari kesilapan. mudah mudahan. aku dah tak sanggup sakitkan hati orang tua aku lagi. banyak dah aku belajar masa dok asrama ni. kisah kisah berASMARA aku tak fikir lagi dah. memang dah tak wujud lagi perkataan jiwang nak mampus apa jadah semua tu. jauh jauh aku buang. agaknya dah melintasi laut china selatan hahh. sekarang fokus aku satu aje. balas semuanyaaaa dekat mak bapak.




hep! bukan balas dendam. balas kasih, jasa dan sebagainya. dulu. masa aku kecik kecik. aku selalu cakap ngan bapak aku. aku nak pergi luar negara. aku nak pergi LONDON, PARIS. heshhh. banyak ah aku nak pergi. lepastu bapak aku mesti jawab. haaa. belajar sungguh sungguh. bila aku fikir balik. kalau pergi luar negara. lagi ah banyak duit bapak aku keluar. silap hari bulan. lingkup bapak aku hahh. heshhh. ta leh jadik. nak pergi. pakai duit sendiri. bukan duit joli. duit peluh aku sendiri tahu (^_^)




>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<






huishhhhhh! banyak nya. untuk sekian kali nya. aku buat entry yang merapu rapu. harharhar. syok aje aku naip sampai tak sedar neh. hakhakhak


apa apa pun. syabas kepada anda kerana habis membaca entry kali ini. hek


aku sendiri dah nak juling bacooo nyee


ok ah. sekian saja untuk entry ini. lain kali. aku buat lagi panjang dari ini. hehehe






p/s: aku akan balas jasa mak bapak aku. haahhhh. ko ttengok ah nanti!





ok bye!


salam

No comments:

Post a Comment